Friday, January 9, 2009

Amazing KANCHANABURI Thailand Vacation

Kanchanaburi bermaksud (Batu Permata/Kanchana) bertempat di sebelah barat Bangkok, sekiranya anda ingin menaiki teksi atau bas dari Bangkok mengambil masa 2 jam perjalanan ke Kanchanaburi lebih kurang 130 KM dan tempat tersebut berhampiran dengan negara Myanmar (Burma).Seramai 19 orang rombongan kami terdiri daripada staf dan pelatih tempat saya berkerja di PERHEBAT yang di sayangi. oklah...jom apa yang ada kat sana

Pada 27 Disember 2008 (Sabtu)




Jam 0500 - seawal jam ni dah bangun untuk persiapan untuk di jemput oleh staf PERHEBAT Abg Lan tak silap namanya

Jam 0600 - pergerakan ke setesen bas Pudu Raya

Jam 0625 - Tiba di Pudu Raya sambil duduk tunggu dif-dif terhormat tiba

Jam 0800 - Meneruskan perjalanan dengan menaiki Bas Konsortium Bas Ekspress ke Butterworth

Jam 1145 - Bas berhenti untuk mengisi minyak di sekitar Taiping , Jam 0110 - Tiba di Butterworth untuk makan tengahari dengan bungkus sekali bekalan makanan untuk makan malam semasa berada dalam perjalanan dan berehat di Setesen Keretapi untuk perjalanan seterusnya ke Padang Besar .

Jam 1420 - Perjalanan diteruskan dengan menaiki Keretapi KTMB ke Padang Besar, semasa perjalanan tempat duduk saya dengan Mr. Bro He'sham iaitu 7 dan 8 tidak silap di Coach (gerabak) 10 hanya 2 coach sahaja yang digunakan dari Butterworth ke Padang Besar hinggalah lebih 10 coach disambung apabila sampai ke Hat Yai nanti. Semasa dalam perjalanan En.Zul (Ketua Rombongan) memberi taklimat dan sesi suai kenal semua peserta rombongan ke Kanchanaburi.






1430 - Meneruskan perjalanan melintasi landasan Alor Star, Arau hinggala ke Padang Besar, adalah pemandangan yang menarik untuk dikongsi seperti gambar di paparkan. Jam 1800 - Perhentian kami seterusnya di Padang Besar untuk pemeriksaan Imigresen dan menukar matawang Thai (Baht) yang berlesen di stesen tersebut. Seterusnya menukar waktu pada jam tangan atau telefon bimbit masa Thai (1 jam ke belakang).

Jam 1830- Meneruskan Perjalanan dari Padang Besar hingga sampai di perhentian seterusnya di Hat Yai dan bermalam dalam keretapi. Ketua rombongan En. Zul telah menyuruh siap-siap membeli makanan atau bungkus semasa makan tengahari di restoran berdekatan Butterworth,saya dan rakan sudah siap-siap bungkus dan masa untuk makan malam.






Jam 2000 - Perhentian seterusnya di Hat Yai, jika rasa lapar boleh memesan makanan kepada petugas/ pelayan keretapi atau pergi sendiri ke cafe kerana gerabak untuk kafe telah disambungkan (setahu saya) untuk penumpang menikmati makanan dan minuman . Peniaga atau penjaja jalanan rakyat tempatan di sana datang menjual makanan di dalam gerabak seperti buah-buahan, makanan dan sebagainya, sekiranya hendak membeli makanan tersebut bagi Muslim, sama ada Halal atau tidak bergantunglah pada individu. kalau tidak mahu atau was-was, bawalah siap-siap makanan untuk keperluan semasa dalam keretapi nanti.



Jam 2100-2300 - Semasa dalam gerabak tiada aktiviti di lakukan, rasa membosankan oleh kerana tidak tahu nak buat apa, saya dan rakan berjalan-jalan dari satu gerabak ke satu gerabak. selesai dari jalan-jalan saya pun rasa letih dan mengantuk, untuk tidak buat masa memanggil petugas keretapi untuk siapkan tempat tidur pada tempat duduk kami.

Pada 28 Disember 2008 (Ahad)








Jam 0500-1000 - Hari kedua perjalanan seawal pagi ni, bangun tidur dan sarapan boleh minta pada pelayan keretapi dgn menu yang di sediakan oleh pihak kafeteria dalam keretapi tersebut. semasa perjalanan suasana yang memukau saya sendiri yang belum pernah melihat keindahan alam semulajadi yang unik bagi saya, itu adalah pengalaman pertama kali saya lihat kedaan seperti tersebut.

Perhentian seterusnya di Stesen Hua Hin, sempatlah rakan saya Bro He'sham turun seketika untuk mengambil gambar peribadi, pada ketika itu, saya tidak turut serta turun melihat sekitar daerah setesen Hua Hin kerana berada di dalam Tandas hehehehe..saya berasa rugi tidak dapat melihat secara dekat di daerah Hua Hin dan meneruskan perjalanan hingga di perhentian di Ratchaburi.





Jam 1000 -1130 - Tiba di Stesen Nakhon Pathom dan kami turun untuk pertukaran menaiki Bus VIP pelancong untuk destinasi yang sebenar ke KANCHANANBURI mengambil selama 1 jam perjalanan, ketibaan kami telah disambut oleh pemandu rakyat tempat yang bekerja sebagai ajen Good Times Service menyediakan 2 buah Bus muatan dalam 10 penumpang. meneruskan perjalanan dan berhenti setika di Chendi untuk melihat sendiri dan sambil mengambil gambar peribadi dan berkumpulan.

Semasa perjalanan saya terasa cuaca panas sama juga dengan malaysia cuma rasa angin yang dingin. ketika perjalanan satu kejadian yang menimpa Bus VIP kami rosak ketika pertengahan perjalanan untuk menuju ke KANCHANABURI, oleh demikian pihak menukar kenderaan yang lain untuk kami menumpang Bus ajen yang lain.






















Jam 1115 - Meneruskan perjalanan dan tiba di Bandar KANCHANABURI melawat di Memorial Perang Dunia ke2 (Kanchanaburi War Cemetery) jam 1130, En. Zul (ketua rombongan) memberikan taklimat ringkas kepada kami pengenalan sejarah tempat memorial tersebut, masa diberikan untuk melawat hanya 30 minit. Keadaan tempat seperti taman yang menarik membuatkan saya terpesona seketika melihat keadaan persekitaran yang bersih.

Saya berjalan-jalan keseluruhan menjumpai tugu/ kubur pejuang kita malaysia dari negeri Johor dan Melaka seperti gambar di atas (En.Zul telah memberitahu semasa taklimat ada tugu pejuang Malaysia). Masa yang diberi agak singkat tanpa membuat masa saya sempat mengambil gambar yang menarik untuk peribadi dan berkumpulan.

Semasa saya mengambil foto di pintu masuk Kanchanaburi War Memorial, dalam keadaan tidak sengaja ada kejadian yang aneh dan misteri ketika saya mengambil gambar rakan saya Bor He'sham seperti dalam gambar ada misteri yang menyelit, agaknya di situ misteri bermula. hanya saya dan He'Sham mengetahui kejadian tersebut sebagai kata penghantar (tage line kami berdua MISTERI) (lari tajuk sebagai gurauan hehehhe). kejadian misteri itu ada kaitan untuk sesi fotografi seterusnya..tunggu....selesai sudah melawat tempat keseluruhan kawasan Memorial, saya sempat melihat peniaga tempat menjual cenderahati/kenangan hasil rekaan tangan dan sebagainya sementara menunggu untuk bergerak menikmati makan tengahari.

Jam 1245 - tiba di restoran muslim tempatan (jika ada tanda logo bintang dan bulan itu adalah restoran muslim InsyaAllah dii tanggung Halal), saya sendiri tidak tahu nama restoran tersebut (terlupa nak tanya) tapi pemilik restoan bernama Pn. Kamyan Danmatam beragama Islam berasal dari Pattya selatan Thai (setahu sayala). menu makanan seperti telur bungkus (ada misteri waris jari hantu) dan Tom Yam campur makan dengan nasi ler..apa lagi. rasa tom yam masam pedas sungguh menyelerakan.




Jam 0115 - Akhirnya tiba di tempat penginapan iaitu Tamarind Guest House, biar pun penat perjalanan tapi saya berasa puas dan seronok ini adalah pengalaman pertama saya sampai ke negara Thailand. Ketibaan kami di sambut oleh pemilik penginapan itu sendiri, saya dan rakan mengambil beg terus meminta kunci bilik untuk persiapan aktiviti melawat ke Jambatan River Kwai dan kawasan membeli-belah. En. Zul mengarahkan semua untuk bergumpul tempat tetamu Guest House jam 1500 untuk sama-sama bergerak ke Jambtan River Kwai. okla..saya pun nak bersiap untuk mandi dan tukar pakaian untuk sesi fotografi peribadi dan membli-belah nanti.

















Jam 1510 - Bergerak melawat ke Jambatan river Kwai dengan bus, perjalanan lebih 7 minit alah 3 Km jer dari tempat penginapan, rasanya kalau berjalan kaki 15 minit pun sampai. tiba di tempat sekitar River Kwai En. Zul memberi kami taklimat ringkas tentang sejarah Jambatan ini di bina semasa perang ke 2 dan terkenal dengan nama Death Railway menghubung kan Thai dengan Burma, jambatan tersebut pernah runtuh di serang semasa pentempuran dan dibina semula oleh pihak Jepun pada masa itu. saya berjalan-jalan sambil melihat keindahan di persekitaran River Kwai dan Masa diberikan hingga jam1750 sahaja. Laluan/landasan keretapi di jambatan tersebut masih lagi digunakan untuk kemudahan untuk penduduk tempatan di sekitar River Kwai mahupun pelancong. melihat di sekeliling dan persekitaran sungguh menarik rugi rasanya kalu tidak mengambil gambar sebagai kenangan-kenangan, saya sendiri dan rakan tidak segan silu dan bermacam-macam ragam dan kejadian misteri tetap ada hehehe sebagai take line. Dalam masa yang sama saya sempat turun di bawah jambatan untuk mendekati perniaga-peniaga tempatan menjual pelbagai barangan teutama batu permata, cincin, gelang, rantai, perhiasan dan lain-lain.

Seterusnya naik kembali ke jambatan untuk pergi ke tempat Jewelly Market untuk melihat dan membeli mana yang berkenan. sebelum pergi ke Jewelly Market saya dan bro He'sham singgah di sekitar gerai2 untuk melihat barangan yang dijual pada masa sama saya berkenan dan membeli seutas jam tangan berharga 350 baht (RM35.00) siap dengan tawar menawar sebagai kenangan jer. selesai membeli terus singgah Market Jewelly dan sekitar perkarangan sempat membeli baju dan keychain untuk kenangan2 peribadi, keluarga dan rakan-rakan. Semasa berada di Market Jewelly rakan saya Bro He'sham membeli Batu Kanchana kot, berwarna merah..gitu harga dalam 350 baht (RM 35.00) harga mengikut saiz dalam lingkungan Rm 25 -150 duit malaysia. saya membeli cincin perak bermata batu hitam dengan harga 350 (RM35.00) baht selepas tawar-menawar dari harga sebenar 500 (RM50.00) baht.

Jam 1730 - berkumpul di tempat yang dijanjikan terus bertolak dengan Bus terus ke rstoran Muslim untuk makan malam. Hidangan makan malam kami Tom Yam Sup, sayur, sup ekor dengan nasi,sup ekor dan tom yam sungguh lazat erm..rasanya sungguh berbeza dari apa yang yang pernah rasa sebelum ni..tak tau nak kata apa. selesai makan kami di bawa ke pasar malam di sekitar KANCHANABURI, masa yang diberikan 2 jam. pelbagai barangan lebih kurang sama dengan uptown atau downtown cuma dari segi barangan agak berbeza kerana ada benda yang tiada jual kat Malaysia. saya sendiri yang berada kat situ rambang mata, tak tahu nak beli apa. Harga barangan memang murah kalau pandai tawar-menawar. Jam 2110 - selesai sudah aktiviti pada hari ini, selepas bejalan-jalan di pasar malam EN. Zul menjemput kami untuk balik ke tempat penginapan.

29 Disember 2008 (Isnin)










Jam 0600 - Bangun dan mandi persiapan untuk sarapan di ruangan tetamu Guest House, hidangan sarapan pagi di sediakan oleh pihak Guset House sepeti roti bakar, telur dan minum boleh minta sama ada kopi atau teh. pada hari ini kami sepenuh masa di sekitar KANCAHANABURI melawat ke Taman Negara Erawan, menunggang gajah, menaiki rakit buluh di sungai berejam.

Jam 0730 - Berkumpul di simpang masuk guest house untuk sementara menunggu di jemput oleh 2 perkeja ajen Good Times iaitu Anna dan Phong rakyat tempat dan menaiki bus ke tempat menungang gajah. Jam 0800 - bertolak ke tempat menunggang gajah, perjalanan mengmabil masa 30 mint untuk sampai seperti di katakan oleh guide Phong.


Kami tiba di Taman Chai Elephant Camp pada jam 08.50, En.Zul memberi taklimat ringkas kepada kami menurut cerita orang yang membela gajah atau pekerja kebanyakanya adalah rakyat burma (myanmar) yang lebih mahir dan arif daripada rakyat tempatan Thai. Mereka boleh berkomunkasi dengan gajah dan sebagainya, apa yang membangga pemilik Elephant Camp ini adalah rakyat tempatan Thai beragama islam. Seumur hidup saya ini adalah pengalaman pertama saya menunggang gajah rasa gayat pada mulanya tapi sesudah duduk atas badan gajah seronok pula. untuk pengetahuan setiap seekor gajah di sediakan kerusi tempat duduk untuk 2 orang bersama 1 orang pemandu gajah, sebelum naik jangan lupa pasang tali pinggang keselamatan untuk mengelakkan berlaku kemalangan atau kejadian tidak diingini.

Kami dibawa mengelilingi di sekitar taman,perkampungan kecil dan sungai berdekatan. selesai sudah mengelilingi dengan menunggang gajah, rasa rugi tidak merasa menunggang duduk di kepala gajah kerana masalah komunikasi bahasa tidak paham apa yang kami pinta, sebagai tanda penghargaan saya dan rakan memberi tip/ sedekah tanda terima kasih kami kepada pemandu gajah tersebut.





Jam 1000 - meneruskan perjalanan ke tempat berakit di sungai berjeram, sebelum nak naik berakit pihak pengurusan telah menyediakan jaket keselamatan, oleh itu jangan lupa pakai sebelum berakit buluh. suasana air sungai hijau kebiruan yang tenang dan bersih membuatkan saya terpesona dan cemburu kerana saya sendiri belum pernah melihat di sungai yang begitu bersih jernih tanpa pencemaran.

Kami dibawah oleh perkerja rakyat tempatan meronda-ronda sekitar sungai, beliau sendiri menyuruh kami untuk mencuba mengayu sendiri rakit dan mandi di sungai dengan kedalaman air sungai 2 meter. Selesai berada di sungai berjeram, kami kembali ke Elephant Camp meneruskan perjalanan dengan bus ke Erawan Waterfall.







Jam1045 - Tiba di Erawan National Park dan turun untuk seketika mengambil gambar dan melihat pemandangan persekitaran. Jam 1115 - Tiba di Erawan Waterfall , En.Zul memberi taklimat ringkas dan masa di berikan sehingga jam 0130 lebih kurang 2 jam 30 minit dan berkumpul semula di restoran Taman Negara Erawan yang berhampiran untuk makan tengahari. Aktiviti kami berjalan-jalan dan melalui hutan tropika yang terpelihara sebelum tiba di air terjun yang mempunyai 7 tingkat dan sesi bergambar.

Saya dan rakan mula berhenti untuk mandi di air terjun tingkat 1, keadaan air yang jernih terdapat ikan Masheer/karp species lebih kurang ikan Spa (rasa geli apabila ikan tersebut menhisap jari kaki), memang seronok mandi air terjun yang sejuk kedalaman air mencecah 2 meter. selesai mandi sekitar air terjun tingkat 1, bersiar-siar bermula dari air terjun tingkat 1 hingga ke tingkat 5 sahaja yang dibenarkan. keadaan tempat berbukit ketika melalui di setiap tingkat ke tingkat air terjun yang lain, jangan risau ada di sediakan anak tangga untuk naik di setiap tingkat. oleh kerana masa pun menghampiri jam di tetapkan, saya dan rakan turun untuk menyalin pakaian dan makan tengahari di restoran sekitar Erawan. menu makanan agak istimewa apa tidaknya, sepeti ikan steam,udang masak sweet and sour, tom yam sup, dengan nasi (jangan risau pasal makanan kerana telah menempah awal dari restoran muslim ditanggung Halal), jadi apa lagi belasah la.









Jam 1430 - Bertolak ke Death Railway Station dengan bus dan tiba di Setesen Tham Kasae jam 1530 melawat sekitar Tham Kasae sesi bergambar dan membeli-belah, saya dan rakan singgah di kuil Kasae (takde apa pun saje nak tengok). keadaan persekitaran yang kelasik sungguh menarik perhatian saya apabila melihat pemandangan dari atas landasan dengan keindahan pemandangan hutan tropika yang kehijauan. Jam 1610 - kami berpeluang menaiki keretapi yang agak antik msaih lagi digunakan sebagai pengangkutan awam tempatan, bertolak dari Stesen Tham Kasae ke Stesen Lum Sum perjalanan mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Selesai menaiki keretapi, ketibaan kami di Setesen Lum Sum jam 1640 meneruskan perjalanan menaiki semula bus pelancong untuk kembali ke tempat penginpan Guest House.

Jam 1700 - Berkumpul di pejabat Good Times tidak jauh dari tempat penginapan, En Zul memberi taklimat untuk aktiviti malam ke Pat Pong, Bangkok dan mengambil makan untuk makan malam yang telah dibungkus siap sedia. saya dan rakan kembali ke bilik untuk persiapan ke Pat Pong, bangkok.






Jam 2000 - kami berkumpul di pejabat Good times dan bergerak ke Pat Pong menaiki bus pelancong , masa perjalanan 2 jam untuk sampai ke Pat Pong. Jam 0900 - Tiba Masilom Stesen Transit keretapi Salla Daeng terus ke pasar membeli-belah Pat Pong, ( keadaan seperti Petaling Street) masa yang diberikan hanya 2 jam. Seperti biasa menjual pelbagai barangan sepeti pakaian, beg, jam tangan, perhiasan dan sebagainya. Harga barangan berpatutan, tidak murah dan mahal sangat tapi beli barangan yang kita nak tiada kat Malaysia.Pada masa yang sama rakan saya membeli selendang Louis Vuitton (LV) hehehe..dan keychain untuk koleksi peribadi. Jam 2345 Berkumpul semula di Stesen Transit keretapi Salla Daeng untuk balik ke tempat Guest House dan tiba di Guest House Jam 0210.

30 Disember 2008 (Selasa)







Jam 0900 - Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Kanchanaburi sedih pulak rasanye huhuh..bangun pagi, persiapan (packing) barang dan sarapan, Jam 1030 check-out guest house dan menumpang menyimpang beg dan barang di pejabat Good Times menerusakan perjalanan menaiki 4 x 4 WD yang dipandu sendiri oleh En.Zul ke River Kawi untuk hari terkahir kalau nak membeli-belah, saya dan rakan berjalan-jalan dan bersiar-siar di sekitar sementara menanti untuk makan tengahari.

Jam 1230 - pergerakan ke restoran muslim berdekatan untuk makan tengahari dan singgah ke Tesco untuk membeli-belah bekalan makanan/keperluan semasa dalam perjalanan balik nanti. Jam 0330 - kembali ke pejabat Good times untuk berehat sementara menanti waktu untuk bertolak ke Hat Yai menaiki Bus pelancong. Jam 0500 - bertolak menaiki bus ke Hat Yai dan Jangka masa tiba ke Hat Yai 12 jam perjalanan (jauh tu perjalanan dok dalam bus lenguh kaki tu).Semasa dalam perjalanan bus tersbut berhenti-henti untuk berehat, nak ke tandas ke, dan sebagainya di stesen minyak dan pada masa sama makan malam kami tiba di tempat restoran muslim ialah di Chum Phorn pada jam 1150.






31/12/2009 - (Rabu)

Jam 0030 - Meneruskan perjalanan ke Hat Yai dan Tiba Jam 0630 -berhenti di stesen minyak untuk mandi (mandi ker mandi P.Ramlee Kot). Pada masa yang sama menunggu pemandu pelancong untuk mengambil/pandu arah di perhentian seterusnya mungkin kerana pemandu yang sedia ada ini tidak tahu selok-belok perjalanan ke Hat Yai. Kami tiba di tempat pejabat pelacong untuk bertukar Bus ke perhetian di Butterworth ini kerana Good Times tidak ada lesen untuk perjalanan ker Butterworth (setahu saya ler). Jam 0900 - Kami meneruskan perjalanan untuk sarapan di restoran muslim.

Jam 1000 - bergerak ke Bukit Kayu Hitam untuk pemeriksaan imigresen nanti. perjalanan mengambil masa ke Bukit Kayu hitam 2 jam 30 mint, Jam 1200- kami berada di Bukit Kayu hitam untuk pemeriksaan Imigresen Thailand (Cop Keluar Pasport). Seterusnya beralih ke pejabat Imigresen Malaysia untuk pemeriksaan pasport dan menurunkan beg dari bus atau barang untuk di imbas /(scan kot-kot terbawa pistol ker,bom ker, atau sebagainya hehehe).
Pada masa yang sama, orang ramai masuk ke Malaysia tidak kira orang Malaysia dari melancong ke Thailand, atau pelancong masuk ke Malaysia. Oleh demikian, kami terpaksa berbaris panjang dalam keadaan sesak untuk ke pintu masuk di pejabat pemeriksaan. Selesai pemeriksaan Imigresen, meneruksan perjalanan ke Butterworth.

Jam 1330 - Tiba di Butterworth terus ke setesen keretapi Butterworth untuk menumpang beg/barang dan terus makan tengahari sementara menanti untuk balik ke KL menaiki Bus Transional jam1500. Jam 1500-2100, meneruskan perjalanan ke KL dan tiba di selamat tiba di rumah jam 2100, biarpun terasa penat lelah perjalanan dilalui rombongan percutian di Kanchanaburi meninggalkan kenangan hidup.